NOTIS PRIVASI Johore Tin BerhadEnglish version

Notis perlindungan data peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Johore Tin Berhad dan anak-anak syarikat (seterusnya dirujuk sebagai “Kumpulan JTB”, “kita” atau “kami”) menggunakan dan mengendalikan data peribadi anda mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia.

1.DATA PERIBADI
 Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda yang anda akan dapat dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad, kepada yang berikut:
a) Butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan atau passport, jantina, bangsa, kewarganegaraan, tarikh lahir atau umur, status perkahwinan, pekerjaan, gambar, nombor kad kredit, hartamilik, kewangan dan perbankan maklumat;
b) Butir-butir perhubungan seperti alamat, nombor telefon, nombor faks, nombor telefon bimbit dan alamat e-mel;
c) Maklumat berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kami atau anda telah mendaftar minat anda untuk maklumat, pengemaskinian, pertanyaan dan sebagainya;
d) Bil dan status pembayaran;
e) Maklumat lain yang akan, telah atau boleh didapatkan oleh kita, atau yang anda berikan kepada kami, dari masa ke semasa, berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, urusniaga, tinjauan, soal selidik atau komunikasi dengan kami;
f) Kepentingan atau keutamaan peribadi seperti bahasa, produk atau kepentingan kandungan, komunikasi dan pemasaran keutamaan;
g) Imej-imej anda melalui video atau gambar yang diambil semasa mesyuarat agung tahunan kami, majlis korporat dan lain-lain;
h) Semasa anda melayari laman web syarikat kami, terdapat beberapa maklumat koleksi yang automatic tentang computer anda seperti alamat IP, perisian pelayar web dan maklumat lain tentang layaran tersebut; dan
i) Data peribadi dari agensi-agensi pelaporan kredit, agensi-agensi kerajaan, pihak biro kredit dan lain-lain.
2.SUMBER DATA PERIBADI
 Data peribadi anda yang dikumpul oleh kami secara langsung daripada anda, atau kami mungkin mengumpul data peribadi anda daripada pelbagai sumber seperti:
a) Sumber-sumber awam yang boleh didapati seperti direktori;
b) Sumber-sumber pihak ketiga seperti pihak biro kredit, agensi-agensi pelaporan kredit; atau
c) Borang-borang pertanyaan dalam talian/maklum balas atau cookies melalui penggunaan laman web syarikat kami.
3.TUJUAN PEMPROSESAN
 Tujuan-tujuan data peribadi anda yang mana telah dikumpul dan seterusnya diproses oleh Kumpulan JTB, termasuk yang berikut:
a) Untuk mewujudkan hubungan antara anda dengan kami dan/atau anak-anak syarikat kami;
b) Untuk menilai dan memantau kedudukan kredit;
c) Untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang anda minta;
d) Untuk membantu kami mamantau, meningkatkan dan memperbangunkan produk dan perkhidmatan kami yang ditawarkan kepada anda;
e) Untuk memahami keperluan anda dan memastikan produk dan perkhidmatan kami memenuhi keperluan anda;
f) Untuk menjawab pertanyaan dan mendapatkan maklum balas daripada anda mengenai produk dan perkhidmatan kami;
g) Menjalankan kajian atau analisis untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan;
h) Untuk menghubungi anda atau syarikat anda, atau mengirim kad ucapan secara elektronik;
i) Untuk tujuan pentadbiran, seperti pengauditan, pemungut hutang, pembayaran, analisis data, dan lain-lain;
j) Untuk melindungi hak-hak atau hartanah kami dan pengguna kami dan, sekiranya perlu, untuk mematuhi proses undang-undang dan kawalan selia;
k) Untuk menyiasat, membalas atau mempertahankan tuntutan terhadap, atau terlibat kami;
l) Untuk mengekalkan rekod-rekod yang diperlukan seperti yang dibenarkan dikutip oleh undang-undang, standard-standard professional, keselamatan, tuntutan atau tujuan untuk undang-undang yang lain;
m) Untuk tujuan-tujuan lain seperti yang dibenarkan oleh undang-undang atau dengan kebenaran anda; dan
n) Untuk tujuan-tujuan lain yang berkaitan atau dikaitkan dengan mana-mana perkara di atas.
4.PENDEDAHAN DATA PERIBADI
 Data peribadi anda mungkin dipindahkan, siakses atau didedahkan dalam Kumpulan JTB dan kepada pihak ketiga yang berkenaan (dalm atau di luar negara) seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau tujuan-tujuan yang dikaitkan dengan perkara tersebut secara langsung.
<height=”15″>
<style=”text-align:justify;”>Pihak-pihak ketiga yang berkenaan adalah seperti berikut:
a) Pihak-pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada kami, (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, perunding, kontraktor, penasihat-penasihat professional, pembekal perkhidmatan, syarikat-syarikat percetakan, syarikat insurans, pengajur latihan, dan lain-lain);
b) Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, pihak kerajaan berkuasa, badan berkanun, majlis perbandaran dan pengawal selia industri; dan
c) Kepada pihak-pihak berkenaan yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.</style=”text-align:justify;”></height=”15″>
5.LAMAN WEB
 A.Pautan ke laman-laman web pihak ketiga
 Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang boleh memberikan lebih bankyak maklumat yang diperlukan oleh anda. Kami tidak bertanggungjawab bagi pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian atau pendedahan data dan maklumat di laman-laman yang berkaitan.
 B.Cookies
 Cookies boleh digunakan untuk memproses maklumat anda dan ia adalah fail teks yang ditempatkan di dalam ingatan computer dan/atau peranti anda oleh komputer-komputer kami. Salinan fail teks ini dihantar oleh komputer dan/atau peranti anda apabila ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan cookies untuk mengenalpasti anda. Kami juga boleh mengumpul maklumat mengenai tarikh dan masa anda melayani setiap halaman laman web, URL bagi setiap laman web yang anda melayani dan pelayan web yang anda gunakan, semasa anda melayan laman web syarikat kami dan/atau nama domain yang berkelayakan sepenuhnya dari mana anda melayani laman web syarikat kami, atau sebagai alternative, alamat IP anda.
<height=”15″>
<style=”text-align:justify;”>Sesetengah laman web mungkin memerlukan and untuk membekalkan data peribadi anda yang terhad untuk menikmati perkhidmatan tertentu di laman web syarikat kami (seperti contact, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan lain-lain). Data peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang dikehendaki sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau menghantar produk atau perkhidmatan yang diminta.</style=”text-align:justify;”></height=”15″>
6.HAK UNTUK AKSES DAN PEMBETULAN DATA PERIBADI
 Tertakluk kepada mana-mana pengecualian di bawah undang-undang, anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang kami menyimpan.
<height=”15″>
<style=”text-align:justify;”>Jika anda ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda, anda boleh, secara menulis, hubungi kami di butiran berikut:
<height=”15″>
Johore Tin Berhad
PTD 124298
Jalan Kempas Lama
Kampung Seelong Jaya
81300 Skudai
Johor
Malaysia
Tel : +607-599 8990
Faks : +607-599 8991
E-mel : jtb@johoretin.com.my
<height=”15″>
<style=”text-align:justify;”>Kami boleh enggan mematuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat pembetulan terhadap data peribadi anda selaras dengan Akta ini dan mana-mana undang-undang yang berkaitan. Selain itu, kami mungkin mengenakan caj untuk emeproses permintaan anda untuk mengakseskan data peribadi anda.
<height=”15″>
<style=”text-align:justify;”>Jika anda tidak mahu data peribadi anda dikumpul melalui cookies pada laman web, anda boleh menyahaktifkan cookies dengan melaraskan seting pelayan internet untuk menyekat atau mengalih keluar cookies tersebut, menghapuskan sejarah pelayanan anda dan memadam cache dan pangkalan data daripada pelayan internet anda.</style=”text-align:justify;”></height=”15″></style=”text-align:justify;”></height=”15″></height=”15″></style=”text-align:justify;”></height=”15″>
7.MENGHADKAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI, MAKLUMAT LANJUT DAN ADUAN
 Tertakluk kepada mana-mana pengecualian di bawah undang-undang, anda mempunyai hak untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dan/atau membuat sesuatu pertanyaan atau aduan yang berkenaan dengan data peribadi anda.
8.PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN
 Dengan melibatkan diri anda dengan Kumpulan JTB (melalui produk dan perkhidmatan) dan/atau tiada sebarang pemberitahuan daripada anda secara bertulis, kami akan anggap bahawa anda telah membaca dan memahami Notis Privasi ini dan memberi kebenaran untuk kegunaan, pemprosesan dan pemindahan data peribadi anda oleh Kumpulan JTB seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
9.KONFLIK
 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Disemak semula pada 17/04/2019
< Corporate Governance ^ atas